kenangan

kenangan
smile..

LIFE IS BEAUTIFUL

Friday, November 20, 2009

Bersabar,....sabar separuh daripada iman

Firman ALLAH yang bermaksud:
.....susungguhnya ALLAH bersama orang yang sabar. ( Al-Anfal:46)

.....sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala
mereka tanpa batas.(Az- Zumar:10)
Bersabar Dalam Berdoa
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:”Allah sentiasa
memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak men-
gandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim
dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.
" Lalu baginda ditanya oleh seseorang:”Apa maksudnya meminta
dicepatkan?”Jawab baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata
dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum
melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”

(Muslim)

Huraian
Betulkah setiap doa akan dikabulkan oleh Allah ? Mungkin ada antara kita
yang telah berdoa sesuatu namun tidak merasakan keberhasilannya.
Selaku hamba, kita harus menyedari bahawa kita tidak berhak memaksa
Allah kerana kitalah yang berhajatkan sesuatu bukan sebaliknya.
Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita atau mungkin
Allah mempunyai ketentuan lain yang tidak kita ketahui. Mungkin juga
doa kita bukan tidak dikabulkan tetapi ditunda waktunya atau diganti
dengan yang lebih baik. Nabi Zakaria a.s adalah contoh manusia yang
sangat kuat nilai kesabarannya. Baginda telah puluhan tahun berdoa
agar dikurniakan zuriat namun belum dikabulkan Allah. Antara isi doa
baginda ialah: “Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan
kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam
berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. (Maryam:4) sehingga pada akhir-
nya Allah SWT memakbulkan permintaan baginda dengan mengurnia-
kan seorang anak lelaki bernama Yahya. Begitulah sikap yang seharus-
nya kita contohi iaitu jangan sekali-kali kecewa dalam berdoa.

No comments:

Post a Comment